Sapa Inka
Sapa Inka

Sapa Inka

Sapa Inka atau Sapa Inqa ("Inka Tunggal", "Inka Agung"), Inka Qhapaq ("Inca berkuasa"), Apu ("Dewa"), atau pendeknya Sapa ("Yang Agung") ialah pemerintah Kerajaan Cusco dan kemudian penguasa selaku maharaja Empayar Inka (Tawantinsuyu) yang wujud dari abad ke-13 hingga abad ke-18. Asal-usul takhta ini penuh mitos dan berkait dengan pengasasan legenda bandar Cusco namun dari segi sejarah boleh dianggarkan muncul sekitar 1100; ia diwarisi mengikut keturunan di mana putera sulung mewarisi takhta ayahandanya. Maharaja ini turut mempunyai permaisuri yang mendampingi iaitu Qoya (atau Coya dalam ejaan Sepanyol).[1]Pemerintahan empayar ini dibahagikan di Antisuyu antara dua-dua suku utama iaitu Hurin Cuzco (Bajo Cuzco, Cuzco Hilir) dan Hanan Cuzco (Alto Cuzco, Cuzco Hulu) yang saling berebut kuasa sesama mereka;[2] oleh sebab ini terdapat dua dinasti yang diketahui - dinasti Hanan yang menubuhkan empayar serta dinasti Hurin yang berterusan[3] sepanjang ketibaan penakluk "Dunia Lama" dan berakhir dengan Atahualpa yang dihukum mati Empayar Sepanyol pada 1533.